
THE GUM ARABIC
rawatan alternatif semulajadi
"Ramli, 41 tahun, adalah juga bukti khasiat getah ini kerana beliau dahulu terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Berkat penggunaan getah itu(Gum Arabic) selama tujuh bulan, buah pinggangnya sudah pulih dan beliau sejak 10 bulan kebelakangan ini tidak lagi perlu menjalani rawatan itu."
[Dipetik dari artikel terbitan UKM | Penyelidikan Terhadap Khasiat Getah Arab]




GUM ARABIC, atau nama lainnya Gum Acacia ialah getah atau sap semulajadi yang mengeras yang berasal dari pokok Acacia Senegal yang terdapat di Sudan dan merupakan jenis terbaik di antara jenisnya.
Gum Arabic mengandungi peratusan kalsium dan fiber boleh larut yang tinggi(85%).
Menurut sebahagian pendapat, Gum Arabic juga dikenali dengan nama Al-Manna, sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 57 :
وَ ظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَ السَّلْوَى كُلُوْا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَ مَا ظَلَمُوْنَا وَلَكِنْ كَانُوْا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُوْنَ
Dan telah Kami teduhi atas kamu dengan awan dan telah Kami turunkan kepada kamu Manna dan Salwa. Makanlah dari yang baik-baik yang telah Kami anugerahkan kepada kamu. Dan tidaklah mereka yang menganiaya Kami, akan tetapi adalah mereka menganiaya diri mereka sendiri.
Gum Arabic ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya. Gum Arabic juga dapat menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya.
Antara manfaat-manfaat lain Gum Arabic termasuklah :
-
MENGURANGKAN BEBAN kepada BUAH PINGGANG melalui pengurangan paras urea & penambahan nitrogen dalam najis seterusnya MEMBERI KESAN PENYEMBUHAN kepada PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK.
-
MENGURANGKAN KEKERAPAN seterusnya MENGHENTIKAN DIALISIS BUAH PINGGANG melalui penurunan kreatinine dan urea dalam darah.
-
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG melalui PENGURANGAN KOLESTROL dalam darah.
-
MERENDAHKAN PARAS GULA dalam darah untuk MEMBANTU PESAKIT KENCING MANIS.
-
MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT BERKAITAN PERUT (Cirit-birit, Sembelit, Perut tak lawas, Mencegah kanser kolon/usus).
-
MENSTABILKAN TEKANAN DARAH dalam badan.
Dan lain-lain manfaat SEMULAJADI TANPA KESAN SAMPINGAN untuk kesihatan dengan izin Allah Ta'ala.