top of page

G.U.M. A.R.A.B.I.C.

GUM ARABIC, atau nama lainnya Gum Acacia ialah getah atau sap semulajadi yang mengeras yang berasal dari pokok Acacia Senegal yang terdapat di Sudan dan merupakan jenis terbaik di antara jenisnya.

 

Gum Arabic mengandungi peratusan kalsium dan fiber boleh larut yang tinggi(85%).

 

Menurut sebahagian pendapat, Gum Arabic juga dikenali dengan nama Al-Manna, sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 57 :

 

وَ ظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَ السَّلْوَى كُلُوْا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَ مَا ظَلَمُوْنَا وَلَكِنْ كَانُوْا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُوْنَ

 

Dan telah Kami teduhi atas kamu dengan awan dan telah Kami turunkan kepada kamu Manna dan Salwa. Makanlah dari yang baik-baik yang telah Kami anugerahkan kepada kamu. Dan tidaklah mereka yang menganiaya Kami, akan tetapi adalah mereka menganiaya diri mereka sendiri.

 

Di dalam Tafsir Ibnu Kathir dicatatkan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu yang menyatakan Al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok. Menurut Mujahid, seorang ulama Tafsir Al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menyatakan bahawa Al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "As-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok. 

 

Al-Manna merupakan makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil. Ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini.

 

Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan  mungkin  menepati  pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada Al-Manna yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.

__________________________________________________________________

GUM ARABIC : SUMBER PREBIOTIK SEMULAJADI

__________________________________________________________________

 

Prebiotik ialah makanan kepada bakteria baik (Bifidobacteria, Lactobacilli) yang terdapat di dalam usus besar atau kolon. Prebiotik memainkan peranan penting untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam perut. Lebih banyak bakteria baik di dalam badan akan memberikan manfaat yang banyak kepada sistem penghadaman khususnya dan keseluruhan kesihatan kita amnya.

 

Berdasarkan kajian yang diterbitkan di dalam British Journal of Nutrition pada Disember 2008 , Gum Arabic menunjukkan kesan prebiotik yang lebih tinggi berbanding inulin.

 

Menurut Dr Amir Farid Isahak, perunding perubatan senior merangkap CEO Hea;th Innovations Sdn Bhd, Gum Arabic adalah sumber utama prebiotik. Memetik kata-katanya di dalam kolum Art of Healing di dalam surat khabar The Star :

"My friends have first-hand knowledge of the benefits of Gum Arabic. One is a medical practitioner who runs a busy clinic. His patients with diabetes showed remarkable improvements after consuming Gum Arabic, including one man who had kidney failure, was on dialysis for many years, and had not produced any urine for the last 10 years.

 

 

I also have a good story to tell. My mother (83 years old) has been on hypertensive medicines for many years (not prescribed by me!). She tried Gum Arabic, and after several weeks, her pressure is now normal without any drugs.

However, her blood pressure still goes up when she is stressed, and returns to normal when she is able to rest and forget whatever upsets her. She is now getting my aunties to take it too.

I strongly recommend everyone to try Gum Arabic. There are many benefits that are already known from the prebiotic properties that it has."

 

__________________________________________________________________

GUM ARABIC : RAWATAN ALTERNATIF SAKIT BUAH PINGGANG

__________________________________________________________________


Gum Arabic ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya. Gum Arabic juga dapat  menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya.

 

Menyedari akan manfaat Gum Arabic ini terhadap pesakit buah pinggang, pihak UKM telah memulakan kajian mengenainya beberapa tahun yang lalu dan sedang mempergiatkan kajian mereka. Gum Arabic telah terbukti dapat membantu memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang sepertimana ia telah membantu En Ramli, pesakit buah pinggang yang dulunya terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu.

 

__________________________________________________________________

GUM ARABIC : MANFAAT-MANFAAT LAIN

__________________________________________________________________

 

Antara manfaat-manfaat lain Gum Arabic termasuklah :

 

  •  MENGURANGKAN BEBAN kepada BUAH PINGGANG melalui pengurangan paras urea & penambahan nitrogen dalam najis seterusnya MEMBERI KESAN PENYEMBUHAN kepada PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK.

 

  • MENGURANGKAN KEKERAPAN seterusnya MENGHENTIKAN DIALISIS BUAH PINGGANG melalui penurunan kreatinine dan urea dalam darah.

 

  • MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG melalui PENGURANGAN KOLESTROL dalam darah.

 

  • MERENDAHKAN PARAS GULA dalam darah untuk MEMBANTU PESAKIT KENCING MANIS.

 

  • MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT BERKAITAN PERUT (Cirit-birit, Sembelit, Perut tak lawas, Mencegah kanser kolon/usus).

 

  • MENSTABILKAN TEKANAN DARAH dalam badan.


Dan lain-lain manfaat SEMULAJADI TANPA KESAN SAMPINGAN untuk kesihatan dengan izin Allah Ta'ala.

 

 

[RUJUKAN]

  1. Kesan prebiotik Gum Arabic lebih tinggi dari inulin

  2. Kajian Gum Arabic di UKM

  3. Artikel Gum Arabic di akhbar The Star

 

© Copyright 2015 by THE GUM ARABIC
 

bottom of page