top of page

8 Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

RAMAI orang beranggapan mereka sudah cukup sihat kerana tidak pernah diserang penyakit2 berbahaya. Tanggapan ini menyebabkan ramai di antara kita yang mengambil mudah utk TIDAK MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN kerana TIDAK PERNAH MENGALAMI PENYAKIT KRONIK. Namun, itulah sifat penyakit kronik. KEHADIRANNYA TIDAK DIRASAI dan pesakit MASIH BOLEH MENJALANI KEGIATAN SEHARIAN tanpa masalah kerana KESANNYA HANYA DAPAT DIRASAI APABILA PENYAKIT SAMPAI KE TAHAP SERIUS. KEROSAKAN BUAH PINGGANG juga dikategorikan sebagai penyakit kronik yang hanya dapat diketahui setelah penyakit sampai ke tahap yang serius. Ia mengambil MASA BERTAHUN-TAHUN SEBELUM MENUNJUKKAN KESAN kepada kesihatan. Jadi, BAGAIMANA KITA BOLEH TAHU SAMA ADA BUAH PINGGANG KITA SUDAH MULA ROSAK ATAU TIDAK?

Di antara TANDA2 AWAL SAKIT BUAH PINGGANG termasuklah : 1) Tubuh MUDAH LETIH. 2) MUDAH PENAT & SEMPUT apabila membuat kerja lasak. 3) TIDAK SELESA atau RASA TERBAKAR ketika membuang air kecil. 4) DARAH KELUAR bersama air kencing. 5) PERUBAHAN pada KEKERAPAN membuang air kecil. 6) Sering SAKIT BELAKANG walaupun tidak membuat kerja2 berat. 7) KERAP BUANG AIR KECIL, terutama pada waktu TENGAH MALAM. 8) BENGKAK pada PERGELANGAN KAKI & MATA. Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu MULA MENGALAMI masalah KEROSAKAN BUAH PINGGANG. Biasanya, gejala ini DIANGGAP PERKARA BIASA & SERING DIKETEPIKAN. Sedangkan, ini adala PETANDA PENTING kepada masalah buah pinggang. Cara terbaik adalah dengan melakukan PEMERIKSAAN DARAH, iaitu PEMERIKSAAN FUNGSI GINJAL(Renal Function Test). Pemeriksaan ini adalah MURAH & BOLEH DILAKUKAN di MANA2 KLINIK SWASTA utk MENGESAN TANDA AWAL kerosakan buah pinggang. [Dipetik dari artikel Dr Zubaidi Hj Ahmad,

Pegawai Perubatan Senior di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd]

8 tanda awal sakit buah pinggang.png

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram App Icon
  • YouTube Classic
bottom of page