top of page

3 CARA MUDAH MENCEGAH SAKIT BUAH PINGGANG

  • The Gum Arabic
  • Feb 19, 2015
  • 1 min read

Dengan cara pemakanan yang tidak dikawal dalam zaman sekarang ni, penyakit buah pinggang boleh datang melalui macam2 punca. Anda mungkin tak sedar yang sebenarnya anda dah pun ada simptom2 awal penyakit ni. Yang lebih menakutkan, penyakit buah pinggang ni, kalau TAK DICEGAH DARI AWAL, boleh menyebabkan KEMATIAN yang LEBIH AWAL. Jadi, cegahlah selagi anda mempunyai masa.

Saya nak kongsikan 3 cara mudah macam mana anda boleh mencegah daripada penyakit buah pinggang ni. (1) BANYAKKAN minum air Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan. Air sangat mudah melalui buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem badan anda. Pengambilan air yang banyak membantu mencegah buah pinggang daripada tersumbat. Pakar kesihatan menasihatkan utk mengambil sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter air sehari .

(2) Waspada kepada sebarang perubahan pada air kencing Jika air kencing anda bertukar kepada WARNA KERUH, air kencing BERBAU atau BERBUIH atau jika ia MENYAKITKAN apabila anda membuang air kecil, sila jumpa doktor dengan segera. Ini adalah tanda-tanda masalah pada saluran kencing. Jika tidak dirawat dengan segera, anda akan BERISIKO TINGGI utk dapat penyakit buah pinggang.

(3) Lakukan UJIAN AIR KENCING dan DARAH sekurang-kurangnya SETAHUN SEKALI. Ujian ini boleh membantu anda mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan. Sila beri perhatian kepada kandungan UREA & KREATININ dalam darah anda.

10818235_790012407725460_7188081467656484399_o.png

 
 
 

Kommentare


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram App Icon
  • YouTube Classic

© Copyright 2015 by THE GUM ARABIC
 

bottom of page